Kenyataan
akhbar PRM sempena Hari Pekerja 2019
Memajukan
masyarakat bersama pekerja
Setiausaha
Agung Parti Rakyat Malaysia,
Encik Tang Hiang Lye mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada golongan pekerja
di Malaysia.
Beliau berkata bahawa di dalam satu masyarakat yang majmuk, pekerja merupakan tulang belakang dalam
proses pembangunan. Oleh sebab itu kebajikan pekerja perlu dijaga.
Kenaikan kos
sara hidup telah menjejaskan kehidupan pekerja
Mulai 1
September 2018 kerajaan PH menggunakan sistem SST demi menggantikan GST dan ini telah mencetus inflasi kerana SST yang telah dibayar tidak boleh dituntut
balik dan kos ini perlu ditanggung oleh pengguna sendiri. Golongan pekerja
merupakan “end user” dan mereka menjadi mangsa utama dalam pertukaran sistem ini. Sampai
sekarang kerajaan tidak wujud apa-apa dasar untuk mengatasi masalah ini.
Skim latihan
dari masa ke semasa
Perubuhan
teknologi telah menukar sistem perkilangan dan perdagangan. Pekerja perlu
diberi latihan dari masa ke semasa untuk mereka menyesuaikan diri dalam ekonomi yang dinamik. Latihan bukan sahaja meliputi skop kerja sahaja tetapi juga kerja-kerja lain yang berkaitan supaya pekerja tersebut dapat ditambah nilai atau mendapat “added value”.
Kerajaan perlu memainkan peranan penting dengan menggalakkan semua pemilik perniagaan memberi latihan kepada pekerja mereka.
Menuju ke arah
professionalisma
Semua pekerja
tidak kira tempat kerja atau peringkat gaji perlu mengamalkan tabiat
profesional dalam bidang mereka. Contohnya, pekerja yang buat kerja cuci mesin perlu
tahu alatan yang perlu digunapakai dan juga cara mencuci supaya tidak
merosakkan mesin. Pekerja bukan robot tetapi perlu belajar supaya menjadi
pekerja yang berkualiti dan profesional.
Kesihatan
pekerja perlu dijaga
Kesihatan
pekerja amat penting dalam meningkatkan produktiviti. Pihak berkuasa perlu
membuat lawatan ke kilang-kilang supaya memastikan keadaan tempat kerja bersih,
selamat dan tidak mengancam kesihatan pekerja. Untuk kilang yang sudah lama
beroperasi, kerajaan perlu memberi inisiatif supaya kilang dapat menggunakkan
teknologi baru atau buat pengubahsuaian bagi mengelakkan pencemaran alam
sekitar.
Tang berkata
sejak kerajaan PH menjadi kerajaan pusat, ekonomi semakin merosot dan kehidupan
pekerja khususnya golongan pekerja yang berpendapatan rendah makin
terjejas.
Parti Rakyat Malaysia
menyeru supaya kerajaan mengambil berat dengan isu pekerja dan golongan yang berpendapatan rendah dan menghentikan kenyataan atau projek-projek yang tidak memberi
manfaat seperti menyeru semua rakyat minum minyak sawit atau mencipta kereta
terbang untuk menarik perhatian sahaja.