Kenyataan akhbar daripada President Parti Rakyat Malaysia (PRM)
Cikgu Mohd Hashim bin Saluddin sempena ulang tahun pertama selepas PH menjadi
kerajaan pusat dan juga mengucapkan selamat berpuasa kepada semua orang Islam.
Beliau
berkata PH telah ambil alih kerajaan pusat setahun dan tidak dapat menunaikan
janji-janji manifesto pada plihan raya yang lepas, ramai menteri-menteri hanya
masih main isu yang tidak berkaitan dasar, contohnya tukar warna kasut putih ke
hitam dan minum minyak sawit. Disebaliknya ekonomi semakin merosot dan kerajaan
tidak mewujudkan apa-apa hala tuju atau strategi untuk mengatasinya.
Dimanakah
hala tuju demi mengatasi korupsi di negara ini?
PRM
ingin tahu dimanakah hala tuju atau strategi demi mengatasi korupsi di negara
ini. Dalam satu tahun ini kita tidak nampak apa-apa perubahan dalam institusi
negara ini. Apakah yang rakyat nampak adalah pertukaran pemimpin institusi yang
memihak kepada Pakatan Harapan sahaja. Contohnya, selepas Tommy Thomas dilantik
sebagai peguam negara beliau terus menggugurkan dakwaan terhadap Lim Guan Eng
yang dituduh rasuah walaupun kes ini sedang berlangsung dituduh di mahkamah dan
sudah masuk ke proses pembicaraan. Ini tidak ada beza dengan kerajaan BN yang
mana semua tuduhan adalah tuduhan pilih kasih sahaja.
Pengiktirafan
UEC
Manifesto
PH menjanji supaya memberi pengiktirafan United Exam Certificate (UEC) dengan
segera jika berjaya menjadi kerajaan pusat. UEC merupakan satu sijil yang sama
taraf dengan STPM dan diiktiraf oleh banyak universiti-universiti di luar negara
tetapi tidak diiktiraf oleh negara Malaysia. Dulu ahli-ahli politik dari pihak
pembangkang mengkritik sekeras-kerasnya atas ketidakmampuan kerajaan BN demi
mengiktirafkan UEC. Setahun berlalu kerajaan PH menjadi kerajaan pusat dan tidak
ada langsung menpedulikan isu UEC yang dijanjikan semasa plihan raya yang
lepas. Pendidikan adalah tumpuan PRM pada bila-bila masa yang akan datang.
Kos
sara hidup dan SST
Setelah
kerajaan PH menukarkan GST ke SST ia telah mencetuskan inflasi, rakyat boleh
rasa kehidupan tertekan dan ia melemahkan kegiatan ekonomi. Rakyat tidak mampu
membelanja duit dan para perniagaan akan tutup kedai kerana tidak mampu
menampung kos tinggi seperti sewa dan pada masa yang sama perniagaan yang tidak
memuaskan. Kita mendesak kerajaan PH supaya mengumumkan statistik yang jujur
dan benar mengenai kadar inflasi dan mengatasi masalah ini dengan serta-merta.
Menentukan
hala tuju negara ini
Satu
negara yang maju perlu satu matlamat dan tujuan yang jelas. Dalam satu tahun
ini kerajaan tukar dasar dengan sesuka hati tanpa apa-apa perbincangan dengan
rakyat atau persatuan yang berkenaan. Contohnya menurunkan umur pengundian,
menghapuskan hukuman mati dan menukarkan GST ke SST. Akan tetapi hampir 90%
dasar yang ditukar diputar balik atau “U-turn” . Jika dasar pada zaman BN
adalah bagus kenapa tidak diteruskan? Kumpulan pelabur hanya minat melabur di
negara kita jika negara kita boleh mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi.
Mengunakan
cara diplomatik demi isu antarabangsa
PRM
ingin menyeru supaya Perdana Menteri Malaysia menggunakan cara diplomatik
dalam menyelesaikan isu antarabangsa ini termasuk cara-cara kita menjual produk
kelapa sawit. Sejak PH menjadi kerajaan pusat kita nampak selalu bermusuh
dengan negara lain. Contohnya, apabila EU 'boycott' produk kelapa sawit kita, kerajaan kita minta rakyat berdemonstrasi dan “boycott” produk EU. Ini bukan
amalan membuat perniagaan. Yang paling memalukan rakyat Malaysia adalah apabila
Perdana Menteri membuat lawatan ke China beliau mengumumkan supaya menghentikan
projek ECRL di China. Walaupun PM membuat lawatan dan menunjukkan kemesraan
Malaysia pada kebelakangan ini tapi pemusuhan telah berlaku.
Hak-hak
memasuki matrikulasi dan universiti perlu mengikut meritokrasi
Hak-hak
memasuki matrikulasi dan universiti segala bantuan dari kerajaan harus mengikut
keperluan dan bukan ikut kaum. Akan tetapi kerajaan PH tidak berniat untuk
membetulkan segala diskriminasi dengan memberi peluang pendidikan yang adil
kepada rakyat Malaysia tetapi memihak kepada kaum sahaja. Sistem meritokrasi
adalah sistem yang adil untuk semua rakyat Malaysia supaya semua pelajar perlu
mencapai keputusan yang minima sebelum memasuki matrikulasi atau universiti.
Cikgu Hashim, Pengerusi PRM
AJK Pusat PRM