Wednesday 8 May 2019

Ulangtahun Pertama PRU-14


Kenyataan akhbar daripada President Parti Rakyat Malaysia (PRM) Cikgu Mohd Hashim bin Saluddin sempena ulang tahun pertama selepas PH menjadi kerajaan pusat dan juga mengucapkan selamat berpuasa kepada semua orang Islam.

Beliau berkata PH telah ambil alih kerajaan pusat setahun dan tidak dapat menunaikan janji-janji manifesto pada plihan raya yang lepas, ramai menteri-menteri hanya masih main isu yang tidak berkaitan dasar, contohnya tukar warna kasut putih ke hitam dan minum minyak sawit. Disebaliknya ekonomi semakin merosot dan kerajaan tidak mewujudkan apa-apa hala tuju atau strategi untuk mengatasinya. 

Dimanakah hala tuju demi mengatasi korupsi di negara ini?

PRM ingin tahu dimanakah hala tuju atau strategi demi mengatasi korupsi di negara ini. Dalam satu tahun ini kita tidak nampak apa-apa perubahan dalam institusi negara ini. Apakah yang rakyat nampak adalah pertukaran pemimpin institusi yang memihak kepada Pakatan Harapan sahaja. Contohnya, selepas Tommy Thomas dilantik sebagai peguam negara beliau terus menggugurkan dakwaan terhadap Lim Guan Eng yang dituduh rasuah walaupun kes ini sedang berlangsung dituduh di mahkamah dan sudah masuk ke proses pembicaraan. Ini tidak ada beza dengan kerajaan BN yang mana semua tuduhan adalah tuduhan pilih kasih sahaja.

Pengiktirafan UEC

Manifesto PH menjanji supaya memberi pengiktirafan United Exam Certificate (UEC) dengan segera jika berjaya menjadi kerajaan pusat. UEC merupakan satu sijil yang sama taraf dengan STPM dan diiktiraf oleh banyak universiti-universiti di luar negara tetapi tidak diiktiraf oleh negara Malaysia. Dulu ahli-ahli politik dari pihak pembangkang mengkritik sekeras-kerasnya atas ketidakmampuan kerajaan BN demi mengiktirafkan UEC. Setahun berlalu kerajaan PH menjadi kerajaan pusat dan tidak ada langsung menpedulikan isu UEC yang dijanjikan semasa plihan raya yang lepas. Pendidikan adalah tumpuan PRM pada bila-bila masa yang akan datang. 


Kos sara hidup dan SST

Setelah kerajaan PH menukarkan GST ke SST ia telah mencetuskan inflasi, rakyat boleh rasa kehidupan tertekan dan ia melemahkan kegiatan ekonomi. Rakyat tidak mampu membelanja duit dan para perniagaan akan tutup kedai kerana tidak mampu menampung kos tinggi seperti sewa dan pada masa yang sama perniagaan yang tidak memuaskan. Kita mendesak kerajaan PH supaya mengumumkan statistik yang jujur dan benar mengenai kadar inflasi dan mengatasi masalah ini dengan serta-merta.

Menentukan hala tuju negara ini
Satu negara yang maju perlu satu matlamat dan tujuan yang jelas. Dalam satu tahun ini kerajaan tukar dasar dengan sesuka hati tanpa apa-apa perbincangan dengan rakyat atau persatuan yang berkenaan.  Contohnya menurunkan umur pengundian, menghapuskan hukuman mati dan menukarkan GST ke SST. Akan tetapi hampir 90% dasar yang ditukar diputar balik atau “U-turn” . Jika dasar pada zaman BN adalah bagus kenapa tidak diteruskan? Kumpulan pelabur hanya minat melabur di negara kita jika negara kita boleh mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi.

Mengunakan cara diplomatik demi isu antarabangsa
PRM ingin menyeru supaya Perdana Menteri Malaysia menggunakan cara diplomatik dalam menyelesaikan isu antarabangsa ini termasuk cara-cara kita menjual produk kelapa sawit. Sejak PH menjadi kerajaan pusat kita nampak selalu bermusuh dengan negara lain. Contohnya, apabila EU 'boycott' produk kelapa sawit kita, kerajaan kita minta rakyat berdemonstrasi dan “boycott” produk EU. Ini bukan amalan membuat perniagaan. Yang paling memalukan rakyat Malaysia adalah apabila Perdana Menteri membuat lawatan ke China beliau mengumumkan supaya menghentikan projek ECRL di China. Walaupun PM membuat lawatan dan menunjukkan kemesraan Malaysia pada kebelakangan ini tapi pemusuhan telah berlaku.

Hak-hak memasuki matrikulasi dan universiti perlu mengikut meritokrasi
Hak-hak memasuki matrikulasi dan universiti segala bantuan dari kerajaan harus mengikut keperluan dan bukan ikut kaum. Akan tetapi kerajaan PH tidak berniat untuk membetulkan segala diskriminasi dengan memberi peluang pendidikan yang adil kepada rakyat Malaysia tetapi memihak kepada kaum sahaja. Sistem meritokrasi adalah sistem yang adil untuk semua rakyat Malaysia supaya semua pelajar perlu mencapai keputusan yang minima sebelum memasuki matrikulasi atau universiti.


Cikgu Hashim, Pengerusi PRM

AJK Pusat PRM




No comments:

Post a Comment