Kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Malaysia, Kedah, Sdr Tan Kang Yap. 
Tidak
 lama sebelum ini,  China Press memetik berita daripada media atas 
talian menyatakan pergolakan dalaman sedang berlaku di mana adun negeri 
Kota Darulaman Teoh KP dan DUN Derga Tan Kok Yeow masing-masing merebut
 supaya bertanding di ADUN selamat di DUN Kota Darulaman.
Sekira
 berita tersebut di atas adalah benar, cukup menonjolkan khabar angin 
konon perebutan kuasa dan pecah belah sehingga pembahagian beberapa 
puak,  pergolakan dalaman sejak pilihanraya 308 selama dua penggal,  
tidak pernah berhenti. 
ADUN sedia ada bukan sahaja tidak memberi perkhimatan kepada DUNnya 
sendiri,  bahkan Taman yang didiaminya juga diabaikan,  Ini telah 
menjadi satu rahsia terbuka. Mungkin terbalit dengan pergolakan 
dalaman,  sehingga media atas talian juga menyebarkan kehidupan 
peribadinya yang melibatkan dua sifat perangai yang ada pada dirinya 
sendiri. 
Sesungguhnya,  
pengundi mengharapkan wakil rakyat yang dipilihnya bakal menunjuk 
prestasinya,  sebaliknya, andai kata ADUN bertelagah sehingga 
mengabaikan masalah hidupan harian rakyat,  maka ia amat malang bagi 
pengundi. 
Tanpa 
keraguan,  apa penyebab keadaan yg berlaku pada keadaan sedia ada pada 
hari ini,  tidak lain tidak bukan ia ada sangkut paut dengan  mekanisma
 pemilihan calon parti.  Berdasar pilihanraya-pilihanraya sebelum ini, 
dapat kita memerhati calon yang bertanding adalah muka baru belaka,  
pemilihan calon yang bakal layak bertanding tidak mengikut garis panduan
 tertera di mana is hanya mengikut arahan mutlak pusat. Ini menyebabkan 
mantan ADUN yang ada sedia kala tidak semestinya kekal bertanding di DUN sendiri yang sedia ada,  maka jarang bertungkus lumus memberi 
perkhidmatan yang sepenuhnya.  Maklum saja,  pusat beranggapan DUN ini 
adalah zon selamat,  pengundi akan memilih berpaksikan parti dan bukan 
calon,  barang siapa yang bertanding pastinya akan menang. 
Apa
 yang dimaksudkan "zon selamat" adalah istilah yang terluah daripada 
pergolakan dalaman.  Seandainya ini benar,  maka di bawah keadaan yang 
tidak memuaskan,  parti masih mengekal kemenangan kerusinya,  dalam 
sebuah negara demokrasi,  maka ia amat menyedihkan. 
Pilihanraya
 kali ini amat berbeza dengan pilihanraya 308 dan 505, ia menyebabkan 
PAS semakin kuat tetapi akhirya berpisah daripada Pakatan Rakyat, tetapi bergabung dengan PPBM yang berlandaskan perkauman dan ugama yang
 diterajui oleh bekas PM yang pernah mentadbir negara kita selama 22 
tahun.
Jelas sekali,  
pilihanraya aliran dua parti merupakan satu kegagalan,  kita bukan 
sahaja kembali kepada sistem politik dan model parti seumpama dengan BN 
yang berlandaskan perkauman dan ugama,  pernah kita begitu lantang 
menjerit-jerit "pertukaran kerajaan,  menjauhi rasuah dan korupsi" 
tidak kesampaian.  Tetapi diganti pula,  baik di pihak kerajaan mahupun 
pembangkang,  sekandal-sekandal, rasuah dan korupsi sering kedengaran!  
Pilihanraya kali ini,  pengundi bakal kehilangan hala tujuan! 
Kami
 percaya pengundi memijak di bumi kenyalang yang berdasar kepada hakikat
 sebenar,  menjastifikasikan keadaan memilih calon dan bukannya parti 
sahaja,  maka wujudnya prinsip "ayunan jam" saling berganti.  Kalau 
istilah "zon selamat" itu benar,   maka kita akan menghantar satu mesej
 yang salah,  tidak kira di bawah apa keadaan sekali pun,  mereka tetap 
menang,  termasuk menerima rasuah,  korupsi, politik perkauman dan 
ugama. 
Tiada pakatan 
yang kekal,  tidak musuh politik yang kekal,  hanya ada kepentingan 
parti yang kekal. Ini ditonjokkan dalam arena politik yang ada 
sekarang, demi memerintahkan negara, untuk menyakinkan dan sokongan 
kaum lain,  ada yang yang sanggup mempermainkan sentimen ugama dan 
perkauman sehingga mengetepikan prinsip partinya "Malaysian Malaysia",
 sehingga mengabaikan sokongan majoriti Cina sebelum ini dengan 
mengisthiharkan ianya bukan mewakili kaum Cina bagaikan kacang lupakan 
kulitnya. 
Akan tetapi,  ia memandang rendah kebijaksanaan pengundi,  menganggap pengundi tetap kekal....  undian tegar.
 
 
No comments:
Post a Comment