Monday 9 April 2018

Penamaan calon Parti Rakyat Selangor




Kenyataan Setiausaha Agung PRM untuk pelancaran pejabat dan bilik gerakan PRM Kapar 7 April 2018 di Pekan Kapar

Pembubaran Parlimen dan DUN yang ditunggu-tunggu akhirnya telah diumumkan dibubar pada  hari ini. Inilah ketika penting. Rakyat negara ini perlu membuat pemilihan yang baik dan bijak.   Parti politik mana yang hendak diberikan mandat  untuk memerintah dan mentadbir kerajaan untuk lima tahun yang akan datang yang berkait rapat dengan masa depan negara dan kehidupan kita.

Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang diasaskan pada tahun 1955  oleh Sdr Ahmad Boestamam akan meletak 100 orang calon untuk bertanding dalam kawasan parlimen dan DUN di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Sabah dalam PRU 14.

Apabila diberikan kepercayaan rakyat, dan ada wakil rakyat PRM di parlimen dan di DUN, tujuan PRM buat masa terdekat ialah memainkan peranan semak seimbang (check and balance) terhadap kerajaan BN atau PH.

Selama 60 tahun sejak merdeka rakyat memberikan   mandat kepada BN untuk memerintah negara ini. Untuk tempoh yang panjang, kedudukan kerajaan BN kukuh, tiada mana-mana parti pembangkang dapat menyainginya.

Tetapi keadaan kukuh ini menyebabkan kuasa dan kekayaan negara ditumpu pada tangan segelintir  orang atasan BN,  rasuah dan penyelewengan kuasa rejim BN berleluasa, skandal demi skandal terdedah, ekonomi kita merosot sehingga ke tahap yang membimbangkan, kos sara hidup rakyat jelata melambung naik, pengangguran di kalangan orang muda makin serius, masalah sosial, ketagihan dadah dan jenayah melanda, rakyat  tidak lagi berasa selamat dan selesa.

Akibatnya,  rakyat makin hari makin tidak berpuas hati.  Hasrat hendak berubah  wujud di kalangan rakyat. Pada tahun 2008 masa PRU 12, monopoli kuasa BN hilang. BN hilang majoriti 2/3 di parlimen dan hilang  kuasa pemerintahan bagi 5 negeri. Keinginan rakyat menukar kerajaan BN  kuat.

Parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH)  yang diberikan mandat memerintah negeri lebih bersih. Akan tetapi selepas 10 tahun memerintah, sifat mirip BN mula tonjol dalam pentadbiran  tanah  kerajaan PH serta pelaksanaan projek-projek lain yang melibatkan wang berbilion ringgit. Ini mengecewakan pengundi yang memberikan mandat kepada PH yang berjanji melawan rasuah dan penyelewengan, dan melaksanakan "good governance" ataupun pentadbiran yang baik.

BN yang telah biasa sebagai parti pemerintah apabila bertukar menjadi  pembangkang di negeri langsung tidak dapat memainkan peranan pembangkang. 

Dalam perkembangan suasana politik negera kebelakangan, peluang terbuka untuk PRM menyebarkan dasar dan cita-cita yang mengutamakan kebajikan dan kepentingan rakyat.

Parti Rakyat Selangor berkumpul di Kapar hari ini untuk melancarkan pembukaan pejabat dan bilik gerakan PRM di kawasan parlimen Kapar dan mengumumkan calon-calon Parti Rakyat untuk negeri Selangor. 

Parti Rakyat Kapar di bawah Sdr Manikavasagam akan berkhidmat kepada penduduk di kawasan Kapar dan memperlihatkan semangat Parti Rakyat memperjuangkan demi kebajikan dan kepentingan rakyat.

Parti Rakyat berbangkit semula setelah mengharungi jalan liku-liku dan pasang surut selama 63 tahun. Dengan sokongan semula rakyat berbilang kaum dan masyarakat majmuk, pengaruh Parti Rakyat akan berkembang bukan sahaja di kawasan Parlimen Kapar, bahkan di seluruh negara.

Parti Rakyat menyeru pengundi Parlimen Kapar memberikan kepercayaan kepada Sdr Manivasagam dan calon-calon  Parti Rakyat yang lain supaya mereka  ke Parlimen dan DUN mewakili mereka demi masa depan rakyat dan negara yang makmur dan sejahtera.

马来西亚人民党总秘书于人民党加普党所暨行动室开幕文告
大家等待多时的国州议会正式解散。这是重要时刻。我国人民必须作出选择,要那个政党在未来五年执政,并管理这个国家。这个选择跟我国未来和人民生活息息相关。
马来西亚人民党,俗称牛头党,由阿末布斯达曼创办,成立于1955年,这次在雪兰莪、槟城、吉打和沙巴四州派出百位国州候选人,寻求人民委托,盼望能够有所突破,在获得人民委托,有代表进入国州议会,扮演监督国阵和希联政府的角色。
过去60年,人民选择国阵执政。国阵长时间执政,地位稳固,不过也造成国家权力和财富高度集中在少数国阵上层人士手上,导致政权腐败,丑闻频频暴露,国家经济裹足不前,生活费猛涨,青年失业日倾严重,治安败坏,毒品刑事犯罪案泛滥,引起人民不满。要求改变呼声日愈强大。自2008年第12届大选开始,人民便否定了国阵的垄断地位,因此失去国会2/3多数优势,也失去5个州政权。
由反对党变成州执政党的希联(民联)比较清廉。但是,经过10年的执政,在土地管理和工程计划实施上也显露了类似国阵腐败堕落现象。作为州反对党的国阵根本无法起着监督角色,当好反对党。这个演变令选民失望。希联声称反对贪污和滥权,要实行良好施政。
人民党雪兰州分部今天集聚在加普推介人民党加普党所和行动中心开幕,也公布人民党雪州竞选的国州议席。
人民党加普行动中心在马尼卡瓦沙甘领导下,将为加普区居民服务,展示人民党为人民福利和利益的斗争精神。
人民党经过63年的风雨路,经历了高潮和低潮,人民党再次重新出发,获得各民族和多元社会的支持。人民党的影响力不只是在加普扩大,也向全国各地扩展。
马来西亚人民党呼吁加普选民投选马尼卡瓦沙甘,选择他和其他人民党候选人为代表,为人民和国家的未来、繁荣和安宁。

Posted on Parti Rakyat's Facebook page on 7/4/2018.


No comments:

Post a Comment