Manifesto Parti Rakyat Malaysia Negeri Selangor
Berilah Kami Peluang
Pengundi sekalian yang dihormati,
Parti Rakyat Malaysia (PRM) adalah salah satu parti
politik yang tertua di Malaysia. Parti Rakyat diasaskan oleh Sdr Ahmad Boestamam pada
1955. Kami parti yang memperjuangkan kebajikan rakyat, kesamaan dan demokrasi.
Parti Rakyat kini masuk tanding dalam pilihan raya
umum yang ke-14. Oleh itu, kami berharap tuan-tuan dan puan-puan pengundi supaya berilah kami peluang
untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat.
PRM memperjuangkan,
1 Keamanan dan keharmonian
Perlembagaan Persekutuan ialah asas pembinaan negara.
Perlembagaan harus diperbaiki untuk melindungi dan memastikan keamanan dan
keharmonian, kesaksamaan dan kesamaan layanan untuk semua tanpa mengira kaum, agama, jantina dan taraf
sosial, serta untuk masyarakat demokratik.
2 Kurangkan bergantung pada pekerja
asing
Merangka pelan
sepuluh tahun untuk mengurangkan secara berperingkat pekerja asing di semua
sektor. Merangka skim insentif dan ansurans untuk menggalakkan belia
berkecimpungan dalam bidang kolar biru seperti sektor pembinaan.
3 Kembalikan pilihan raya kerajaan
tempatan
Kerajaan tempatan ialah rang pentadbiran kerajaan Malaysia
yang bawah sekali. Kerajaan tempatan ada hak mengenakan cukai dan melaksanakan
undang-undang tempatan ke atas komuniti setempat. Pilihan raya kerajaan tempatan digantung pada
tahun 1964 atas sebab konfrontasi
Malaysia-Indonesia, dan
dibatalkan pada tahun 1972. Sekarang tibalah masa untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan supaya penduduk
tempatan dapat melaksanakan hak demokratik mengundi Datuk Bandar dan ahli
majlis tempatan. Kembalikan pilihan raya kerajaan tempatan untuk melibatkan calon-calon tempatan.
4 Peluang ekonomi untuk semua
Membawa kemakmuran dan peluang ekonomi kepada rakyat.
Menggalakkan suri rumahtangga dan yang rakyat yang cacat bekerja dengan melaksanakan masa kerja yang fleksibel dan membenarkan
mereka bekerja dari rumah. Memberikan
bantuan kewangan yang diperlukan kepada industri kecil dan sederhana untuk memodenkan
mesin dan proses pengeluaran hasil
yang otomatik.
5 Alam sekitar yang mampan (sustainable)
Mengadakan pembangunan yang seimbang dan mampan supaya alam
sekitar dibela dan memastikan alam
sekitar mampan (sustainable). Mendidik orang ramai mengutamakan konsep 3R (Reduce - mengurangkan, Re-use - guna semula, dan Recycle - kitar semula) dari peringkat
sekolah rendah untuk meningkatkan kesedaran sivik; memastikan kehidupan
berkualiti; serta menggalakkan teknologi hijau dengan diberikan insentif oleh
kerajaan negeri.
6 Mempertahankan hak-hak sivil (civil
rights)
Memajukan dan kemas kini piawaian (standard) keadilan
sosial berdasarkan empati dan
kepelbagaian
Hak-hak sivil termasuk penyelesaian untuk jenayah jantina dan seksualiti, Akta Anti-kebencian
(Anti-hatred Act), Akta Anti-Diskriminasi,
Akta Gangguan Seksual (Sexual Harassment Act), Hak Privasi dan semak
semula amalan keinstitusian sosial untuk
mengukur peringkat kemesraan jantina dan seksualiti serta paras keselesaan individu, memastikan kumpulan minoriti mempunyai maruah dan hak asasi mereka.
7 Perumahan mampu-milik
Penyertaan kerajaan dalam membekalkan rumah mampu beli untuk
golongan pertengahan bawah dan rumah murah untuk golongan bawahan dan papa
miskin. Laksanakan skim sewa dulu dan beli kemudian bagi membantu golongan
bawahan dan miskin membeli rumah.
Kerajaan merangka sistem jual-balik pembeli rumah mampu beli dan rumah kos
rendah kepada kerajaan bagi menghapuskan
kegiatan spekulasi.
8 Berganding bahu memperbaiki keselamatan awam
Menggalakkan amalan kesukarelaan dengan pengiktirafan oleh
kerajaan negeri atau projek dianjurkan kerajaan seperti rukun tetangga untuk
menjamin keselamatan komuniti. Tubuhkan persatuan penduduk di semua kawasan perumahan dan mempereratkan kerjasama yang rapat antara pihak
polis dengan komuniti setempat melalui persatuan penduduk masing-masing untuk
membanteras jenayah dan ketagihan dadah.
9 Tingkatkan daya persaingan golongan
belia
Berikan kursus inovatif yang dirangka khusus sesuai untuk orang muda yang tidak melengkapi pendidikan SPM untuk menghadiri akademi atau
institusi teknologi dan membantu mereka membina kerjaya diri sendiri mulai dari
perlatihan.
10 Menggalakkan
belia berkecimpungan dalam bidang pertanian dan perniagaan pertanian dan
berikan tanah kepada petani
Peningkatan penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian
akan menolong meredakan masalah penuaan kaum petani (aging agriculture
population) dan mengurangkan masalah
pengangguran kaum belia. Ganjaran, latihan, bantuan dan tanah harus diberikan
kepada petani muda untuk memulakan kerjaya dalam sektor pertanian. Tanah harus
diberikan kepada petani yang tidak memiliki tanah.
Memperbaiki kemudahan (infrasruktur) fizikal dan sosial di desa dan luar bandar serta mewujudkan
peluang pekerjaan dapat mengawal penghijrahan desa-bandar. Berikutan itu, hasil
pertanian boleh ditingkatkan, justru mengurangkan pergantungan
negara kepada makanan import dan isirumah
desa pada keluarga di pusat bandar, dan juga memastikan bekalan makanan
yang mencukupi untuk rakyat.
No. 8 Jalan Indah 3 Taman Selayang Indah 68100 Batu Caves Selangor 012-2766551